KANGAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang lagi penguat kuasa Maritim Malaysia Kedah/Perlis bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta suapan perlindungan di perairan negeri itu.
Menurut sumber, lelaki berusia 49 tahun yang berjawatan Bintara Muda itu ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Langkawi pada pukul 11.35 pagi tadi selepas tampil memberikan keterangan.