NEW DELHI - Jabatan Meteorologi India (IMD) Selasa meramalkan peningkatan suhu 2 hingga 4 darjah Celsius di kebanyakan tempat dalam tempoh empat hari akan datang.
Gelombang haba berkemungkinan melanda pesisir pantai Gangetik Barat Bengal dan pantai Odisha dari Khamis hingga Sabtu, lapor Xinhua.
Iklan
Iklan
Menurut IMD, suhu maksimum diramal sekitar 39-41 darjah Celsius di beberapa bahagian Gujerat dan kurang 39 darjah Celsius di bahagian lain di negara ini.
Pada Isnin, dua tempat di Odisha -- Jharsuguda dan Baripada, masing-masing mencatatkan suhu maksimum 40.4 dan 40 darjah Celsius.
IMD awal bulan ini memaklumkan kebanyakan kawasan India, kecuali bahagian semenanjung dan barat laut, dijangka mengalami suhu maksimum melebihi normal dari April hingga Jun.
India mencatatkan suhu tertinggi pada Februari sejak 1901. - Bernama