Bernas salur RM20 juta lagi untuk pesawah di empat negeri

Iklan
Seramai 81,153 pesawah berdaftar di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor akan menerima bantuan khas sebanyak RM250. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Padiberas Nasional Bhd (Bernas) telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM20 juta lagi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk diagihkan kepada pesawah di empat negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.

KPKM, dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM250 kepada setiap pesawah itu akan memanfaatkan 81,153 orang pesawah berdaftar di negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

KPKM memaklumkan pembayaran sumbangan itu akan diselesaikan sebelum Jumaat ini bagi pesawah yang mempunyai maklumat lengkap.

"Pesawah di negeri-negeri lain akan menerima bantuan khas tersebut pada peringkat seterusnya setelah baki sumbangan disalurkan oleh Bernas kelak," katanya.

Iklan

Sebelum ini, sebanyak RM10 juta disalurkan kepada KPKM pada penghujung tahun lalu dan telah diagihkan kepada tiga buah negeri di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ia merupakan sumbangan Bernas sebanyak RM60 juta kepada pesawah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 Disember tahun lepas.

Iklan

Bantuan itu juga merupakan tambahan kepada Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 yang diberikan kepada setiap pesawah seperti diumumkan oleh Perdana Menteri pada 29 Mac lalu. - Bernama