PRN: Rundingan kerusi PH, BN masih terbuka - Salahuddin

Iklan
Salahuddin bercakap kepada pemberita semasa sidang media Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (REDI) Negeri Sembilan pada Selasa. - Foto Bernama

SEREMBAN - Rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) masih terbuka meskipun Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju penyandang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kekal bertanding di kerusi masing-masing.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara seperti itu biasa berlaku dalam mana-mana proses pembahagian kerusi setiap kali menjelang pilihan raya.

Iklan
Iklan

"Secara umumnya kerusi yang dimenangi parti yang bertanding pada PRU14 biasanya tidak disentuh, namun begitu ia terbuka kepada perbincangan. Ia tidak dapat dielakkan kalau mereka mahu bincang tentang pembahagian kerusi, ia perkara biasa dalam mana-mana proses rundingan kerusi," katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan melancarkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) dan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (REDI) Peringkat Negeri Sembilan di BRR Bandar Prima, Senawang di sini pada Selasa.

Iklan

Salahuddin berkata, rundingan itu juga membabitkan parti Amanah di Negeri Sembilan.

"Sama ada kita dapat atau tidak (kerusi), terpulang pada hasil rundingan yang diadakan secara baik," katanya.

Iklan

Di Negeri Sembilan, PH mempunyai 20 kerusi DUN manakala BN 16 kerusi. - Bernama