PM bakal umum satu lagi berita baik sempena Aidilfitri

Iklan
Kor Ming (tengah)

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter.

Iklan
Iklan

"Kerajaan perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

"Nantikan!” katanya dalam hantaran pada Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut tinjauan Sinar Harian di ruangan komen Twitter Kor Ming, rata-rata mereka mengharapkan berita tersebut adalah berkenaan pemberian tol secara percuma.