Itali isytihar darurat susulan kebanjiran pendatang

Iklan
Sebuah bot nelayan dengan kira-kira 500 pendatang memasuki pelabuhan Crotone di selatan Itali bulan lalu. - Foto: AP

ATHENS - Itali pada Selasa mengisytiharkan darurat selama enam bulan bagi menangani lonjakan kebanjiran pendatang asing yang tiba di negara itu melalui Laut Mediterranean, lapor media tempatan.

Iklan
Iklan

Kerajaan meluluskan langkah itu susulan cadangan oleh Menteri Perlindungan Awam Nello Musumeci, menurut Agensi Anadolu memetik agensi berita ANSA.

"Masalah tidak akan selesai selagi tiada campur tangan dan tanggungjawab oleh Kesatuan Eropah,” kata Musumeci.

Iklan

Dalam tempoh darurat ini, prosedur dan tindakan yang lebih pantas boleh dilaksanakan untuk menawarkan penyelesaian penerimaan pendatang dalam tempoh masa yang singkat dengan piawaian standard.

Sementara itu, Perdana Menteri Giorgia Meloni berkata keputusan itu bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih berkesan dan tepat pada masanya terhadap pengurusan aliran pendatang.

Iklan

Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, Itali menyaksikan peningkatan ketara kemasukan pendatang dan pelarian yang mendarat di pantai selatannya dari Afrika Utara dengan lebih 3,000 orang tiba sejak tiga hari lepas. - Bernama