Sepanyol rekodkan cuaca terpanas kedua dalam abad ke-21

Iklan
Cuaca panas dan kering juga menyumbang kepada permulaan awal musim kebakaran. - Gambar hiasan

MADRID - Data terbaharu Agensi Meteorologi Sepanyol (AEMET) pada Selasa menunjukkan Mac lepas merupakan bulan Mac kedua terpanas yang direkodkan di negara itu dalam Abad ke-21, dengan taburan hujan paling sedikit dalam tempoh kira-kira 30 tahun.

Walaupun cuaca membeku pada awal Mac, suhu purata bagi bulan itu ialah 11.6 darjah Celsius atau 1.8 darjah melebihi purata bagi tempoh 1991-2020, lapor Xinhua memetik AEMET.

Iklan
Iklan

Rekod tertinggi 33 darjah Celsius dicatatkan di bandar Murcia di tenggara Sepanyol manakala suhu purata di Kepulauan Canary di luar pantai barat laut Afrika adalah tiga darjah lebih tinggi berbanding biasa.

Purata suhu yang tinggi disertai dengan cuaca kering luar biasa, dengan taburan hujan di hanya mencapai 21.2 milimeter, 36 peratus daripada jumlah yang biasa dialami negara pada bulan Mac.

Iklan

Kementerian Peralihan Ekologi dan Cabaran Demografi berkata, disebabkan cuaca yang membimbangkan itu, Sepanyol kekal dalam keadaan kemarau berterusan yang bermula pada akhir Disember 2022.

Cuaca panas dan kering juga menyumbang kepada permulaan awal musim kebakaran. - Bernama-Xinhua

Iklan