22 warga emas terima sumbangan Perkeso Kluang

Iklan
Jainudin (kiri) dan Hashim (tengah) melawat dan memberikan sumbangan kepada penerima di Kampung Bentong, Kluang pada Sabtu.

KLUANG - Riak wajah 22 warga emas dari Kampung Bentong di sini, jelas terpancar keceriaan apabila menerima sumbangan Kelab Rekreasi dan Wellness Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kluang.

Sumbangan tersebut disalurkan kelab itu dengan kerjasama Kelab Rekreasi Anggota Perkeso Zon Selatan (Keselat) bagi membantu warga emas daripada kalangan B40 yang kurang berkemampuan, sakit dan menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Bantuan itu disalurkan menerusi Program Ihya’ Ramadhan anjuran Kelab Rekreasi dan Wellness Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kluang di Masjid Jamek Kampung Bentong pada Sabtu.

Menurut pengerusinya, Mohamad Dzulridza Zolkeplip, program tersebut bermula dari jam 3 hingga 5 petang melibatkan 50 ahli dari dua kelab berkenaan.

Iklan

"Aktiviti utama program ini ialah rewang bubur lambuk dan Jelajah Qaseh Ramadhan. Sebanyak 800 bungkusan bubur lambuk telah diedarkan dalam masa dua jam di sekitar bandar Kluang yang dimasak di pekarangan pejabat Perkeso Kluang.

"Jelajah Qaseh Ramadhan pula adalah pemberian barangan keperluan asas kepada 22 penduduk Kampung Bentong yang memerlukan bagi kelangsungan hidup," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Turut hadir Penolong Pengarah Perkeso Johor, Jamaluddin Muhammad; Pengurus Perkeso Kluang, Jainuddin Hamzah; Penghulu Mukim Kluang, Suhaizi Md Yassin; Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang dan wakil Keselat, Mahadi Ismail.

Mohamad Dzulridza berkata, pelaksanaan program itu bertujuan memupuk semangat kesukarelaan dalam membantu masyarakat yang memerlukan serta mewujudkan sifat mensyukuri nikmat ALLAH SWT dalam kalangan warga kelab.

Sebahagian daripada 50 ahli kelab merakam kenangan selepas menyampaikan sumbangan dalam Program Ihya’ Ramadhan di Surau Kampung Bentong, Kluang pada Sabtu.

Usaha itu juga katanya, diharap dapat diteruskan pada masa akan datang melibatkan lebih ramai penyertaan agar banyak bantuan dapat disalurkan kepada masyarakat memerlukan.

"Ukuwah silaturahim antara warga kedua-dua kelab dapat dieratkan melalui aktiviti ini. Kelab juga bercadang mengadakan program seperti ini secara berkala bagi memastikan warga kedua-dua kelab lebih prihatin dan peka dengan masyarakat," katanya.