AmanahRaya rai 53 anak yatim, asnaf beli pakaian raya

Iklan
Kakitangan AmanahRaya membantu seorang anak yatim memilih samping di pasar raya Mydin, Seremban pada Selasa.

SEREMBAN - Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan Amanah Raya meraikan 53 anak-anak yatim dan asnaf melalui pembelian baju raya di pasar raya Mydin di sini pada Selasa.

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata, program berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat pihaknya yang diadakan sepanjang tahun ini.

Iklan
Iklan

"Usaha baik ini dijalankan bagi mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian.

"Kami tidak mahu mereka merasa tersisih menjelang Aidilfitri nanti. Justeru itu kami membawa mereka membeli-belah dan memilih pakaian dan keperluan yang mereka inginkan agar kemeriahan sambutan Aidilfitri dapat mereka nikmati bersama-sama," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan
AmanahRaya meraikan 53 anak-anak yatim dan asnaf di pasar raya Mydin, Seremban pada Selasa.

Menurutnya, kesemua mereka turut diberikan duit raya sebanyak RM300 setiap seorang dalam Majlis Iftar di sebuah hotel di daerah ini.

Tambahnya, AmanahRaya telah memperuntukkan kira-kira RM30,000 bagi memberi kegembiraan kepada penghuni di tiga rumah anak-anak yatim dan asnaf di Negeri Sembilan.

Iklan