Bomba potong besi tingkap keluarkan mayat sudah kembung

Iklan
Pasukan bomba dan penyelamat sedang mengeluarkan mangsa melalui tingkap di sebuah rumah di Seksyen 2 pada Selasa.

PETALING JAYA - Anggota bomba dan penyelamat terpaksa memotong besi tingkap sebuah rumah di Seksyen 2 di sini untuk mengeluarkan mayat seorang lelaki yang sudah kembung.

Mangsa berusia 43 tahun itu dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu di dalam bilik rumah tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada adik mangsa berhubung penemuan mayat abangnya pada jam 6 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa tidak bekerja dan mempunyai rekod kesihatan darah tinggi dan kencing manis.

Iklan

"Lelaki itu tinggal bersama adiknya di rumah berkenaan, namun dua beradik itu jarang berjumpa berikutan urusan kerja adiknya dan kali terakhir mereka bertemu pada jam 5 petang, Ahad lalu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Fakhrudin, mangsa disahkan meninggal dunia dalam tempoh 48 jam oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh.

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Azizul Zahari di talian 0127220094," katanya.