Michelle Yeoh bawa pulang trofi Oscar ke Ipoh

Iklan
Michelle turut memuat naik gambar ibunya, Datin Janet Yeoh yang tersenyum gembira sambil memegang trofi kemenangan itu di Instagram. - Foto Instagram Michelle Yeoh

PELAKON Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh pulang membawa trofi kemenangan Anugerah Oscar ke kediaman keluarganya di Ipoh, pada Rabu.

Michelle atau nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Keng memuat naik gambar ibunya, Datin Janet Yeoh yang tersenyum gembira sambil memegang trofi kemenangan itu di Instagram.

Iklan
Iklan

Pelakon berusia 61 tahun itu turut membawa trofi berkenaan menziarahi kubur mendiang bapanya, Datuk Yeoh Kian Teik.

Tulisnya di ruangan kapsyen,"Tanpa sokongan, kasih sayang, dan kepercayaan ibu bapa, saya tidak mungkin berada di mana saya berada sekarang".

Iklan

Aktres kelahiran Ipoh ini mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan Pelakon Wanita Terbaik pada majlis Anugerah Akademi (Oscar) ke-95 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Mac lalu.

Michelle dijadualkan bertemu para peminat untuk program ‘Pride Of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet’ di Pavilion Kuala Lumpur pada 18 April ini. - Awani

Iklan