Junta Myanmar mengaku lancar serangan bunuh orang kampung

Iklan
Protes terhadap kekejaman tentera berlaku sejak rampasan kuasa daripada pemimpin awam, Aung San Suu Kyi. - AFP

YANGON - Junta Myanmar mengakui mereka melakukan serangan udara terhadap sebuah kampung yang mengorbankan puluhan orang sehingga mencetuskan kecaman daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kuasa Barat.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk berkata, beliau 'gerun' dengan serangan udara yang membawa maut dan mangsanya membabitkan pelajar sekolah sedang melakukan tarian.

Iklan
Iklan

Beliau juga menggesa pelaku yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Namun, BBC Burma, The Irrawady dan Radio Free Asia serta saksi yang dihubungi AFP memberitahu sekurang-kurangnya 50 hingga 100 orang maut akibat serangan itu dan mangsa turut membabitkan kanak-kanak.

Iklan

Beberapa jam selepas itu, junta mengesahkan pada malam Selasa bahawa mereka melancarkan serangan tersebut dan bagaimanapun tidak memberitahu jumlah mangsa yang terkorban.

"Kami mendapati ramai orang terbunuh akibat letupan besar daripada senjata dan peluru...ketika serangan berlaku," menurut kenyataan junta.

Iklan

Sementara itu, jurucakap Zaw Min Tun pada malam Selasa berkata, mangsa yang maut adalah pejuang antirampasan kuasa beruniform selain beberapa orang berpakaian awam.

Min Tun turut menyalahkan periuk api yang ditanam Angkatan Pertahanan Rakyat (PDF), kumpulan penentang antirampasan kuasa.

Difahamkan serangan berlaku ketika Myanmar sedang bersiap sedia merayakan tahun baharu Buddha dikenali sebagai Thingyan yang bermula Khamis dan membabitkan permainan berasaskan air.

Setiusahan Agung PBB, Antonio Guterres mengecam serang dan menggesa tentera menamatkan kempen keganasan terhadap penduduk di seluruh negara. - AFP