Tanaman semula getah meningkat

Iklan
Noraini (empat, kanan) bersama wakil daripada pusat kebajikan, madrasah dan surau yang menerima sumbangan Yayasan RISDA bernilai RM3,000.

Jumlah kelulusan capai 29.5 peratus suku pertama tahun ini

KUALA LUMPUR - Kelulusan permohonan tanam semula getah telah mencapai prestasi 29.5 peratus pada suku pertama tahun ini.

Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, pencapaian itu disokong oleh peningkatan permintaan pekebun kecil melalui pelbagai bantuan sokongan yang disediakan oleh kerajaan menerusi badan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, lebih 12,000 hektar permohonan diperoleh setakat ini daripada 20,000 hektar yang disasarkan pada tahun 2023."Ia menunjukkan satu angka yang sangat positif dalam memastikan sasaran pada tahun ini dapat dicapai.

"Sebanyak 5,900 hektar permohonan tanam semula getah telah diluluskan dengan mengambil kira syarat dan terma yang ditetapkan sama ada melalui permohonan tanam semula atau permohonan tanam baharu tanaman getah.

Iklan

"Jumlah permohonan tersebut disokong oleh pelbagai bantuan peningkatan ekonomi dan pembangunan modal insan,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Iftar Ramadan RISDA 2023 di ibu pejabatnya di sini, pada Selasa.

Ujar Noraini, walaupun senario semasa komoditi getah menunjukkan ketidakstabilan harga dan penurunan produktiviti, namun melalui bantuan percuma yang diwujudkan, ia masih mendapat sambutan terutamanya dalam kalangan pemilik kebun berkeluasan bawah 2.5 hektar.

Iklan

"Penyediaan pelbagai pakej peningkatan ekonomi bagi membantu seramai 552,543 pekebun kecil menjadikan penanaman ini sentiasa mendapat perhatian pemilikpemilik kebun,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan pada tahun ini telah menyediakan bajet pembangunan keseluruhan bernilai RM676.4 juta.

"Bagi menambah pendapatan selain penanaman getah, RISDA menyediakan produk sokongan seperti Program Aktiviti Ekonomi Tambahan dan Keusahawanan serta Program Agromakanan di mana masing-masing diperuntukkan sebanyak RM44.46 juta dan RM30 juta.

"Selain itu, pakej bantuan seperti Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) bernilai RM63.75 juta kepada seramai 318,642 pekebun kecil serta lain-lain bantuan disediakan bagi menyokong penanaman getah bermula daripada peringkat penanaman getah muda sehingga ke pengurusan getah matang.

"Kesemua permohonan bantuan ini masih dibuka kepada pemilik tanah penanaman getah yang berminat untuk mengusahakannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Noraini turut memaklumkan, Yayasan RISDA memberikan sumbangan sebanyak RM200 kepada 470 kakitangan sokongan gred 16 ke bawah di seluruh negara, manakala empat lagi institusi kebajikan akan menerima RM3,000 setiap satu.

Empat institusi tersebut ialah Pertubuhan Kebajikan AnakAnak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Rumah Kebajikan Baitul Ehsan, Madrasah Tahfi z Al-Quran Darul Madad dan Surau Al-Mukmin Desa Pasifik.h