Pearly-Thinaah pelbagaikan strategi buru pingat di BAC

Iklan
Pearly Tan-M.Thinaah akan mempelbagaikan strategi di atas gelanggang dalam usaha memburu pingat pada BAC 2023 yang bermula 25 April ini.

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah akan mempelbagaikan strategi di atas gelanggang dalam usaha memburu pingat pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 yang bermula 25 April ini.

Pearly berkata, kekurangan strategi untuk berentap di atas gelanggang ialah faktor utama gandingan berkenaan sukar mengekalkan prestasi cemerlang secara konsisten dalam mana-mana kejohanan.

Iklan
Iklan

"Saya rasa kita perlukan lebih banyak strategi, mungkin kita dahulu hanya mempunyai pelan A, pelan B, tetapi sekarang kita mahu mempunyai lebih banyak rancangan untuk mendahului pihak lawan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.

Pearly turut mengakui kurangnya komunikasi antara beliau dengan pasangannya menjadi antara faktor mereka tidak mempersembahkan prestasi baik sejak kebelakangan ini.

Iklan

Bagaimanapun, atlet berusia 23 tahun kelahiran Kedah itu memaklumkan telah menambah baik kekurangan berkenaan sepanjang latihannya sejak pulang daripada kejohanan di Eropah baru-baru ini.

BAC 2023 akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 25 hingga 30 April ini.

Iklan

Pada Apil tahun lepas, Pearly-Thinaah gagal mara ke separuh akhir selepas ditewaskan pasangan Jepun Yuki Fukushima-Sayaka Hirota 21-14, 19-21, 16-21 pada kejohanan BAC 2022 yang berlangsung di Manila, Filipina. - Bernama