Harga istimewa tiket penerbangan buat mahasiswa akan diumum

Iklan
Anthony berswafoto bersama kakitangan Prasarana pada majlis berbuka puasa bersama warga Prasarana selepas membuat lawatan kerja di Kompleks Rapid Rail Lembah Subang hari ini. - Foto Bernama

PETALING JAYA - Kerajaan akan mengumumkan harga istimewa tiket penerbangan kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam masa terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ia membabitkan pelajar dari Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung serta pelajar dari Semenanjung yang belajar di Sabah dan Sarawak.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, walaupun terdapat penambahan jumlah penerbangan dan kapasiti pesawat yang lebih besar, ia masih tidak dapat menampung permintaan yang tinggi.

"Untuk pulang sambut Hari Raya Aidilfitri, ketika ini hanya tinggal tiket kelas perniagaan dengan harga tinggi ... kita akan ada perancangan untuk pelajar (membeli tiket) dengan subsidi kerajaan,” katanya.

Iklan

Anthony berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Prasarana Malaysia Berhad di sini hari ini.

Iklan