'Rezeki terpijak' pesara tentera di tepi Sungai Kelantan

Iklan
Mazlan (dua,kanan) tidak menang tangan melayan pengunjung yang ingin mendapatkan plastik alas untuk berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan, Lembah Sireh, Kota Bharu.

KOTA BHARU - Seorang pesara tentera tidak menyangka tindakan menjual plastik yang dijadikan sebagai alas tempat duduk semasa berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan, Lembah Sireh di sini memberi 'rezeki terpijak' buatnya.

Mazlan Hussin, 43, berkata, setiap hari sepanjang Ramadan dia mampu menjual hampir 300 keping plastik berkenaan.

Iklan
Iklan

"Awalnya saya ke sini untuk berniaga air tuak. Namun selepas melihat ramai pengunjung tidak membawa alas tempat duduk, ia memberi idea kepada saya untuk menjual plastik tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut dia, dengan adanya alas tersebut pengunjung hanya perlu membuang ke tong sampah selepas digunakan.

Iklan

Ujarnya, tindakan itu membolehkannya meraih pendapatan lumayan sepanjang Ramadan ini.

Mazlan memberitahu, sumber tersebut dapat digunakan untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Iklan

Fenomena berbuka puasa di tepi Sungai Kelantan itu tercetus selepas orang ramai berkongsi pengalaman masing-masing di media sosial.

Ia mula menjadi tarikan ramai selepas negara beralih ke fasa pandemik sekitar tahun 2022.