CARACAS - VENEZUELA. Sekurang-kurangnya 24 pendatang Venezuela hilang di laut selepas bot yang mereka naiki ke Trinidad dan Tobago karam, kata seorang ahli Parlimen pembangkang semalam.
Bot yang membawa 33 penumpang itu karam kelmarin dan sembilan daripada mereka berjaya diselamatkan nelayan, kata Robert Alcala.
Pihak berkuasa Venezuela masih belum melaporkan kejadian berkenaan.
Alcala berkata, bot itu belayar pada malam Selasa dari pekan Guiria di timur laut Sucre.
Bot malang itu pada awalnya membawa 25 penumpang tetapi kemudian mengambil sembilan lagi di bandaraya Rio Salado tidak jauh dari Guira.
Tambah beliau, tiada pengesahan mengenai angka kematian meskipun mangsa yang terselamat termasuk kapten dan seorang wanita berkata mereka ternampak mayat.
Pengawal pantai Trinidad dan Tobago katanya sudah melancarkan operasi pencarian. - AFP