Program World #QuranHour bermula 12 tengah hari ini

Iklan
Program World #QuranHour akan berlangsung di beberapa tempat di seluruh negara bermula 12 hingga 1 tengah hari ini.

SHAH ALAM - Program World #QuranHour akan berlangsung di beberapa tempat di seluruh negara bermula 12 hingga 1 tengah hari ini.

Pada tahun ini, surah Al-Insan dipilih bertujuan untuk memanusiakan ummah dengan 11 karakter insan Al-Abrar (berkebajikan).

Iklan
Iklan

Ia akan disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan seperti Astro Oasis, TV9, RTM 1, TV Al Hijrah, Bernama TV atau di FB #QuranHour dan Sinar Harian serta Astro Awani.

Program yang bermula sejak 2015 itu dilihat sebagai jenama terkenal untuk mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam.

Iklan

Pernah mendapat jumlah peserta sebanyak 1.46 billion pada tahun 2019 sekali gus merekodkan paling tinggi sepanjang program tersebut dijalankan.

World #QuranHour 2023 dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Iklan

World #QuranHour sebagai kempen gerakan al-Quran melalui baca, faham dan amal akan diadakan di lokasi perdana Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, hari ini.