Real belum mahu dabik dada

Iklan
Asensio (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Chelsea. - Foto AFP

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti gembira dengan kemenangan 2-0 ketika menentang Chelsea tetapi menegaskan mereka mesti bersedia untuk berjuang dan berkorban pada perlawanan kedua di Stamford Bridge.

Real selangkah mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut selepas mereka mengatasi skuad kendalian Frank Lampard itu pada aksi suku akhir pertama di Santiago Bernabeu pada Khamis.

Iklan
Iklan

Gol daripada Karim Benzema dan Marco Asensio melengkapkan persembahan dominan daripada penyandang juara itu yang akan bertandang ke London untuk perlawanan timbal balik minggu depan.

"Saya mengetahui situasi bola sepak dengan sangat baik dan pemain faham bahawa kami mempunyai 90 minit lagi untuk bermain, dan ia akan menjadi sukar.

Iklan

"Kami perlu berjuang dan berkorban di Stamford Bridge. Ini adalah perkara biasa. Kami berpuas hati dengan permainan ini, ia adalah perlawanan yang bagus, dan kini kami fokus pada perlawanan seterusnya," katanya.

Ancelotti juga sedikit kecewa kerana Real tidak dapat menambah jaringan biarpun Chelsea bermain dengan 10 pemain apabila Ben Chilwell dilayangkan kad merah pada minit ke-59.

Iklan

"Apabila kami menentang 10 orang, mereka bermain lebih ke bawah dan bukan mudah untuk menembusi mereka.

"Saya fikir kami menghabiskan banyak tenaga untuk cuba mengasak lawan dan pada akhirnya gagal mencari lebih banyak gol," katanya.