Enam banduan ditemukan maut di Penjara Ecuador

Iklan

QUITO - Enam banduan ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tergantung di sel mereka di sebuah penjara di bandar Guayaquil, Ecuador pada Rabu, menurut Perkhidmatan Berpadu Negara terhadap Individu Yang Ditahan dan Pesalah Remaja (SNAI).

Menurut SNAI, pengawal keselamatan menemukan kesemua mayat banduan tergantung di dalam sel mereka di penjara Guayas 1, atau dikenali sebagai Litoral Penitentiary, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

"Perkhidmatan kami dan pihak berkuasa pusat itu bersedia bekerjasama untuk sebarang prosedur dan siasatan," menurut SNAI.

Menurut media tempatan, sel banduan-banduan terbabit dilaporkan di bawah kawalan kumpulan penjenayah yang dikaitkan dengan pengedaran dadah.

Iklan

Sejak Februari 2021, kira-kira 214 banduan dibunuh di penjara ini yang terletak di bandar pelabuhan Guayaquil. - Bernama

Iklan