Operasi Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa di sini ditutup buat sementara waktu susulan kejadian kebakaran yang berlaku tengah malam, semalam.
Klinik Kesihatan itu yang mula beroperasi pada 1972 terbakar 80 peratus membabitkan empat buah bilik iaitu bilik pemandu ambulans serta tiga bilik pemeriksaan doktor (pesakit luar) dalam kejadian pada pukul 12.26 tengah malam.