KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap institusi beraja menerusi akaun Facebook.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, lelaki berusia 42 tahun itu direman dua hari bermula hari ini hingga esok.