Ahmad harap pertemuan dengan PM beri hasil baik

Iklan
Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob berharap kunjungan hormatnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari lepas, akan memberikan hasil yang baik kepada rakyat Kelantan.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah menyerahkan tuntutan hak royalti minyak kepada Anwar dalam pertemuan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita berharap perdana menteri memberi sesuatu yang terbaik untuk Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan di Dewan Bunga Teratai, Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahmad berkata, menerusi pertemuan itu, kerajaan negeri turut memohon supaya semua perkara yang diputuskan ketika pentadbiran sebelum ini diteruskan.

Iklan

Berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN), beliau berkata tarikh terakhir bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah pada 28 Jun ini dan DUN akan dibubarkan sebelum itu, sepertimana telah dipersetujui menteri-menteri besar enam negeri yang terlibat.

"Jadi terpulanglah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya bersama enam negeri itu, Kelantan setuju untuk mengadakannya secara serentak," katanya. - Bernama

Iklan