Damok buru keputusan positif

Iklan
Damok yakin mampu meneruskan rentak positif.

PELUMBA Moto3 negara, Syarifuddin Azman mahu meneruskan momentum positif pada perlumbaan Pusingan ketiga Grand Prix (GP) Amerika Syarikat hujung minggu ini.

Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok berkata, kejayaan meraih lima mata berharga sewaktu perlumbaan di GP Argentina baru-baru ini melonjakkan semangatnya untuk melakukan tunggangan yang lebih baik.

Iklan
Iklan

Pelumba MT Helmets-MSI itu menamatkan saingan perlumbaan GP Argentina pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat (s) di Litar Termas de Rio Hondo.

"Selepas keputusan yang baik di Argentina, saya kini lebih gembira dan positif. Pasukan saya juga bersedia untuk memberikan yang terbaik pada pusingan ketiga di Austin ini," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Damok juga menyasarkan kelompok 15 terbaik di GP Amerika Syarikat itu nanti walaupun baru pertama kali beraksi di Litar Americas (COTA) itu.

"Ini kali pertama saya di litar ini dan saya membuat beberapa ulangkaji dalam litar ini dengan menonton perlumbaan tahun lalu untuk mengkaji sedikit sebanyak berkenaan litar ini.

Iklan

"Oleh itu, saya harapkan doa dari semua untuk saya dalam perlumbaan pusingan ketiga ini," katanya.

Pelumba berusia 21 tahun itu kini menghuni tangga ke-17 keseluruhan bagi saingan kelas Moto3.

Pelumba Sepanyol, Daniel Holgado mendahului carta dengan 38 mata manakala Diogo Moreira, 36 mata dan Tatsuki Suzuki berada di kedudukan ketiga, 27 mata.