Kenaikan elaun guru KAFA dibayar secara tunggakan mulai Januari

Iklan
Hakimah (Gambar kecil: Kenyataan Jakim pada Khamis)

SHAH ALAM - Pembayaran kenaikan elaun kepada semua guru Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) akan dibayar secara tunggakan bermula Januari tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui kerajaan negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Jakim amat memahami kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru itu termasuk bantuan secara 'one-off' kepada imam, bilal, siak dan guru takmir sebagaimana diumumkan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023.

"Jakim menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan bahawa bayaran bantuan 'one-off' kepada golongan berkenaan tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Pada 24 Februari lalu, Sinar Harian melaporkan kerajaan memperuntukkan bayaran khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, bantuan tersebut memberi manfaat kepada seramai 70,000 orang dengan melibatkan peruntukan lebih RM40 juta.

Iklan

Dalam pada itu, Anwar berkata, elaun bagi 35,000 guru KAFA dinaikkan sebanyak RM100 dari RM1,000 kepada RM1,100 dengan peruntukan lebih RM40 juta.