Bunuh anak saudara usia 3 tahun, penganggur dihukum gantung

Iklan
Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penganggur selepas didapati bersalah membunuh anak saudara perempuannya, tiga tahun lepas.

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang penganggur selepas didapati bersalah membunuh anak saudara perempuannya, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Safuan Ramli, 30, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Iklan
Iklan

Mohd Safuan dituduh membunuh Nurhafiya Aufa Mohd Taquddin yang berusia tiga tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Felda Cherul Dua di Kemaman, pada 27 Januari 2020, kira-kira pukul 1 tengah hari, 27 Januari 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Iklan

Hassan dalam penghakimannya berkata, walaupun pihak pembelaan mengatakan tertuduh membunuh tanpa niat kerana mendengar ‘suara’, namun mahkamah berpendapat lelaki itu waras ketika melakukan perbuatan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amer Abu Bakar Abdullah dan Muhamad Yasser Mohd Nasri manakala tertuduh diwakili peguam Mazlan Md Zain.

Iklan

Sebelum ini media melaporkan, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam oleh bapa saudaranya di bahagian dada menggunakan pisau pemotong sayur. - Bernama.