Nahas Double Six: 'Bapa saya tak harus dipersalah sepenuhnya'

Iklan
Bangkai pesawat GAF Nomad pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu, Sabah. - Foto The Golden Son of The Kadazan/ Bernard Sta Maria

SHAH ALAM - Syarikat penerbangan yang terlibat dengan nahas pesawat di Sabah pada 1976 seharusnya mempunyai tanggungjawab besar dalam insiden tersebut.

Anak kepada juruterbang pesawat berkenaan, Nizam Gandhi berkata, ayahnya, Gandhi J Nathan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya atas tragedi yang meragut Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 individu lain.

Iklan
Iklan

"Syarikat penerbangan memegang tanggungjawab lebih besar dalam memastikan muatan pesawat mengikut garis panduan.

"Juruterbang tidak sepenuhnya bertanggungjawab kerana syarikat yang perlu menyediakan kertas muatan sebelum berlepas,” katanya memetik The Star pada Khamis.

Iklan

Pada Rabu, Kementerian Pengangkutan mendedahkan laporan nahas berlaku pada 6 Jun 1976, susulan persetujuan kerajaan menyahklasifikasi kerahsiaan laporan itu.

Laporan itu turut mengungkapkan bahawa juruterbang pesawat tidak mengikuti standard prosedur operasi yang sewajarnya selain syarikatnya tidak mematuhi langkah pengendaliannya dengan profesional.

Iklan

Ia juga menambah bahawa Gandhi mempunyai sejarah penerbangan buruk.

Laporan itu disediakan bersama oleh Jabatan Penerbangan Awam, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Australia.