Tetap hadir walau berkerusi roda

Iklan
Maizan

GOMBAK - Berkerusi roda bukan penghalang untuk Maizan Nordin, 29, untuk menghadiri Program World #QuranHour 2023 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Alumni Jurusan Sains Politik, UIAM itu berkata, program berkenaan merupakan satu pendekatan yang baik kerana ia bukan sahaja membaca al-Quran tetapi juga bertadabbur.

Iklan
Iklan

"Seperti yang kita sedia maklum, pada bulan Ramadan ini, ramai orang sibuk menguruskan hal peribadi sehinggakan tidak mempunyai masa yang cukup untuk membaca kitab suci itu.

"Jadi dengan adanya program tersebut, ia secara tidak langsung membantu orang ramai untuk mendekatkan diri dalam menghayati makna sebenar surah yang terkandung dalam al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Program World #QuranHour 2023 pada Khamis.

Iklan

Dalam pada itu, Maizan menyarankan agar bidang penelitian dan penghayatan terhadap al-Quran perlu juga diteroka oleh golongan muda masa kini.

Jelasnya, jika ayat kitab suci itu difahami dan dijadikan panduan hidup, ia akan membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Iklan

"Seperti yang kita tahu Nabi Muhammad SAW merupakan insan yang paling banyak menerima dugaan berat tetapi baginda mampu menanganinya tanpa timbul perasaan marah.

"Sekiranya kita mahu menerapkan sifat-sifat seperti Rasulullah SAW, jadikan al-Quran sebagai pegangan hidup,” ujarnya.