Tiga maut akibat renjatan elektrik

Iklan
Penduduk meredah banjir selepas ribut melanda di Iraq. - Foto Agensi

HILLA - Sekurang-kurangnya tiga maut terkena renjatan elektrik di tengah Iraq selepas hujan lebat yang memusnahkan rangkaian bekalan tenaga elektrik di negara dilanda peperangan itu.

Pengarah Institut Perubatan Forensik di ibu kota wilayah Hilla, Dr Ahmed Sabbah berkata, tiga kes kematian berlaku di lokasi berbeza di wilayah tengah Babil.

Iklan
Iklan

Mangsa yang maut berumur 16, 22 dan 30 tahun serta salah seorangnya adalah wanita.

Ketika kejadian, mereka dikatakan telah keluar untuk mematikan bekalan utama ke rumah mereka semasa ribut selepas bimbang peralatan elektrik akan rosak akibat ketidakstabilan tenaga tersebut.

Iklan

Difahamkan, ribut itu turut menjejaskan sebahagia besar Iraq dan bukan sahaja wilayah Babil tetapi di selatan Baghdad.

Perdana Menteri Iraq, Mohamed Shia al-Sudani mengarahkan semua penjawat awam berada dalam rumah pada Khamis kecuali kakitangan utama dan anggota keselamatan. - AFP

Iklan