NU Ideaktiv sedia kelainan di Karnival Pendidikan Sinar Bestari

Iklan
Hakimin

SHAH ALAM - Sebanyak 16 portal digital daripada NU Ideaktiv Sdn Bhd (NU Ideaktiv) bakal memeriahkan Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung awal Mei depan.

Ketua Perniagaan Baharu, Komuniti dan Acaranya, Hakimin Zahid berkata, 16 portal digital itu terdiri daripada Pa&Ma, Keluarga, Mingguan Wanita, Bintang Kecil, Media Hiburan, Rasa, Remaja dan Hijabista.

Iklan
Iklan

Turut serta dalam karnival berkenaan adalah Impiana, Nona, Pesona Pengantin, Vanilla Kismis, Maskulin, Kashoorga, Libur dan Umpan.

Hakimin berkata, kesemua portal digital tersebut akan menyediakan pelbagai aktiviti kepada orang ramai yang mengunjungi reruai NU Ideaktiv sepanjang tiga hari karnival berlangsung.

Iklan

"Sempena karnival pendidikan ini, kami dalam perancangan untuk menganjurkan kuiz pendidikan; perkongsian kerjaya bersama wartawan, jurugambar dan juruvideo; slot kekeluargaan, sesi perkongsian dengan pakar motivasi; penampilan artis kelolaan Media Hiburan, Remaja dan Hijabista; slot pendidikan daripada Bintang Kecil dan edaran risalah sampel produk.

"Malah portal Remaja yang terkenal dengan pertandingan Hero Remaja dan Dewi Remaja pula akan mengadakan proses uji bakat dalam kalangan pelajar bagi mencari bakat baharu untuk dijadikan koleksi dan digunakan NU Ideaktiv bagi mengisi kandungan dalam setiap portal digital kami,” ujar beliau.

Iklan

Selain penglibatan 16 portal digital berkenaan, Hakimin berkata, Unit Pemasaran dan Unit Komuniti NU Ideaktiv akan turut serta bagi memeriahkan lagi Karnival Pendidikan Sinar Bestari tersebut.

"Unit Pemasaran akan mempamerkan dan mempromosikan kesemua portal digital NU Ideaktiv kepada orang ramai sebagai informasi bersama.

"Dalam pada itu, unit komuniti pula akan mengadakan aktiviti dan kuiz berbentuk pendidikan kepada para pelajar.

"Mereka yang menjawab dengan tepat pada setiap aktiviti dan kuiz yang disertai akan menerima hadiah menarik dari NU Ideaktiv,” jelasnya.

NU Ideaktiv merupakan syarikat media usaha sama Astro dan Kumpulan Karangkraf yang memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam industri media dan peneraju dalam kandungan media berbahasa Melayu, ditubuhkan pada Mei 2018.

Mengulas lanjut, Hakimin berkata, kelainan reruai NU Ideaktiv kali ini begitu berbeza berbanding reruai yang lain.

"16 portal digital yang kami ada hari ini asalnya merupakan majalah yang diterbitkan dalam bentuk naskhah yang kini mempunyai segmen masing-masing.

"Setiap daripadanya ada kelebihan yang pastinya akan menarik perhatian pengunjung untuk terus kekal di reruai.

"Saya yakin apa yang bakal ditampilkan akan memberi kejutan kepada orang ramai nanti,” ujarnya.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang mengetengahkan konsep memacu pendidikan generasi digital akan berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Mei depan di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.