Rundingan kerusi BN-PH, taktikal kritikal bermula

Iklan
Rundingan kerusi antara PH dan BN di Malaysia dalam konteks PRN dianggap sebagai pembentukan taktikal yang kritikal dalam sejarah politik Malaysia. - Gambar hiasan

[DIKEMASKINI] PENGUMUMAN Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa gabungan itu boleh memulakan rundingan agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dengan Barisan Nasional (BN) bakal mencatatkan sejarah taktikal paling kritikal sepanjang sejarah politik Malaysia.

Menurut beliau, proses rundingan telah dibincangkan di peringkat pusat antara PH dan BN berdasarkan parameter serta formula yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, sekiranya terdapat perselisihan di peringkat negeri bagi agihan kerusi, ia akan diangkat ke peringkat jawatankuasa pusat untuk dimuktamadkan.

Semenjak Reformasi 1998, gejolak permusuhan antara parti utama dalam PH seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan BN bukan sesuatu yang harus dinafikan.

Iklan

Apatah lagi, pada ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan sehingga bertahun-tahun, keadaan permusuhan dilihat cukup kritikal.

Banyak sekali siri pertempuran, saling mendakwa antara kedua pihak terbit sama ada semasa menjelang pilihan raya atau tidak.

Iklan

Ia belum dikira dengan laungan ‘No Anwar, No DAP, ‘Tolak Kleptokrat’ berserta nyanyian ‘Hoi Hoi Ya Hoi, ‘Siapa Sokong Penyamun’ yang sering bergema sehingga bagaikan menjadi halwa telinga.

Namun semuanya berubah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang mana ia menyaksikan tiada gabungan mendapat majoriti kerusi.

Susulan tu, anjakan paradigma mengejut telah dilakukan, kedua-dua pihak mula berdamai bagaikan adik beradik terputus hubungan kembali mengikat silaturahim.

Santun-menyantuni terus berlaku apabila terdapat jawatan Kabinet Menteri dan Timbalan Menteri turut diisi oleh salah satu gabungan.

Namun, apa yang menjadi cabaran kini adalah persepsi rakyat terhadap gabungan berkenaan tentang hubungan itu.

Umum mengetahui, tidak semua penyokong melihat ia sebagai positif. Tidak kurang ada yang melihat perkara berkenaan bakal membunuh keutuhan Kerajaan Perpaduan terutama PH semasa PRN.

Kini, yang menjadi perbahasan adalah mengenai strategi kedua-dua gabungan dalam meraih sokongan di arena berkenaan.

Segala perancangan dan taktikal pastinya sekarang perlu ditelusuri sehabis mungkin bagi memastikan tiada kejatuhan mengejut di gelanggang pada pertengahan tahun ini.

Kesimpulannya, rundingan kerusi antara PH dan BN di Malaysia dalam konteks PRN dianggap sebagai pembentukan taktikal yang kritikal dalam sejarah politik Malaysia.

Bagaimanapun, persepsi rakyat sama ada melihatnya dari sudut pro atau kontra tetap menjadi hal yang harus diterima dengan cermat dan bijaksana pada kemudiannya.