Nurul Shuhada hamil anak ketiga

Iklan
Nurul Shuhada mengesahkan usia kandungannya sudah memasuki minggu ke-10. - Foto IG Nurul Shuhada

ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga.

Berkongsi perkara itu menerusi entri terbaharu dalam Instagram (IG) pada Khamis, dia memberitahu usia kandungannya sudah memasuki minggu ke-10.

Iklan
Iklan

Nurul Shuhada berkata, dia perlu kuat untuk menjaga dua anaknya dan kandungan meskipun berhadapan dengan pelbagai tekanan.

"Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya perlu kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar. Sekarang termasuk anak dalam kandungan.

Iklan

"Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.

"Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat," katanya.

Iklan

Nurul Shuhada turut memaklumkan bahawa dia pengsan ketika menjalani pemeriksaan di hospital kerana keadaan badan yang lemah.

Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa syukur apabila masih terdpaat ramai individu sentiasa menyokongnya.

"Allah hadirkan orang yang baik-baik. Walaupun tidak kenal, selalu komen bagi sokongan dan kekuatan. Doa yang tak henti-henti. Kata-kata sokongan yang banyak bagi sokongan kepada saya.

"'You know who you are'. Terima kasih Allah. Terima kasih semua. Tak dapat saya balas budi semua selain terus maju ke depan tanpa toleh belakang lagi," katanya.