PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri Majlis Qiamullail Perdana yang diadakan di Masjid Putra pada awal pagi Sabtu.
Pada majlis yang berlangsung jam 4 pagi itu, Anwar akan ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut bersahur bersama-sama hadirin di masjid berkenaan sebelum menunaikan solat Subuh berjemaah.