Pembunuhan bersiri gempar Cyprus

Iklan
Pihak berkuasa menyiasat kawasan di mana salah satu mayat itu ditemukan berhampiran perkampungan Orounta di Cyprus.

NICOSIA - CYPRUS. Seorang lelaki di Cyprus mengaku membunuh tujuh wanita dan kanak-kanak dalam kejadian digelar media tempatan sebagai 'pembunuhan bersiri pertama'.

Dua mayat ditemukan di sebuah lombong lama pada awal bulan lalu dan yang ketiga dijumpai pada Sabtu lalu. Anggota tentera warga Greece-Cyprus berusia 35 tahun yang menjadi suspek utama itu turut mengaku melakukan pembunuhan lain.

Iklan
Iklan

Polis kini sedang mencari mayat lain termasuk budak perempuan berumur enam tahun berdasarkan maklumat yang diberikan olehnya.

Penyiasat menjumpai mayat ketiga selepas suspek mendedahkan lokasi tempat ia dibuang berhampiran Nicosia. Suspek dipercayai bertemu mangsa yang dilaporkan hilang pada Disember 2017 menerusi laman temujanji. Difahamkan, ketiga-tiga mayat tersebut adalah berketurunan Filipina.

Iklan

Ketika ini, polis telah meluluskan perintah reman terhadap suspek dan turut meminta bantuan tambahan daripada pakar penyiasat Britain selepas siasatan awal mendapati mungkin terdapat lebih 30 mangsa lain dan kebanyakannya dipercayai orang Asia.

Perbuatannya terbongkar selepas seorang pelancong Jerman menemui mayat pertama yang terapung pada permukaan lombong yang ditenggelami banjir ketika dia sedang mengambil gambar di kawasan itu. - Agensi

Iklan