MOSCOW - Dokumen sulit Pentagon yang bocor baru-baru ini mendedahkan Hungary mungkin secara rahsia membiarkan sekutu NATO menggunakan ruang udaranya untuk menghantar bekalan senjata ke Ukraine, lapor Sputnik.
Fail rahsia Pentagon yang bocor dalam talian sejak beberapa minggu kebelakangan ini, memberikan butiran sensitif tentang pelbagai topik keselamatan berkenaan Ukraine, China dan Asia Barat.
Dokumen itu mendedahkan Hungary, yang berkongsi sempadan kecil dengan Ukraine, didakwa membenarkan senjata melalui ruang udaranya walaupun berjanji untuk mengharamkan pergerakan itu dengan salah satu fail mengandungi butiran rancangan untuk memindahkan helikopter yang disediakan oleh Croatia ke Ukraine melalui Hungary, lapor akhbar Politico pada Jumaat.
Sejak awal konflik, Hungary secara konsisten menentang sekatan ke atas kapal pengangkut bahan api Rusia serta bekalan senjata ke Ukraine.
Pada awal Mac tahun lepas, parlimen Hungary mengeluarkan dekri yang melarang bekalan senjata ke Ukraine dari wilayah Hungary.
Menteri Luar Hungary Peter Szijjarto turut menjelaskan bahawa Budapest mahu melindung keselamatan wilayah Zakarpattia, tempat tinggal etnik Hungary, memandangkan bekalan senjata melalui wilayahnya itu akan menjadikannya sasaran sah tentera Rusia. - Bernama-Sputnik