Penunggang maut, motosikal bertembung lori

Iklan
Mangsa yang juga penunggang motosikal maut ditempat kejadian. - Foto PDRM

TEMERLOH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM)156 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa berusia 26 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memberitahu, kemalangan berlaku semasa lori yang membawa muatan batu kecil dari arah Kuala Lumpur bergerak memasuki simpang ke kanan.

Menurutnya, lori tersebut telah melanggar motosikal ditunggangi mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Iklan

"Akibat pelanggaran tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai yang melihat kejadian tersebut supaya tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi talian 092716086.

Iklan