Rejim Zionis ceroboh al-Aqsa lagi

Iklan
Anggota tentera Israel berkawal di Haram al-Sharif sejak awal Ramadan lalu. - Foto Agensi

BAITULMAQDIS - Rejim Zionis sekali lagi mencemari kesucian minggu terakhir Ramadan apabila bertindak biadab menceroboh Masjid al-Aqsa menjelang sambutan Hari al-Quds Sedunia pada Jumaat.

Saksi mendakwa insiden pencerobohan di Baitulmaqdis itu berlaku pada awal pagi selepas tentera Israel menyerbu dua pintu masuk al-Aqsa iaitu Bab al-Silala dan Bab Hutta.

Iklan
Iklan

Mereka turut menyerang jemaah secara ganas di Bab Hutta.

Pada malam sebelumnya, rejim Zionis dilaporkan melancarkan serbuan di Nablus hingga turut menyebabkan siren amaran dibunyikan di Kota Lama tersebut.

Iklan

Pada malam Selasa, rejim Zionis lengkap bersenjata dilaporkan menyerbu pekarangan al-Aqsa (Haram al-Sharif) sebelum melepaskan gas pemedih mata dan bom tangan pegun ke ruang solat Qibli ketika ratusan jemaah termasuk kanak-kanak sedang iktikaf di masjid ketiga paling suci bagi orang Islam.

Beberapa saksi mendakwa anggota tentera Israel turut melepaskan peluru keluli bersalut getah ke arah jemaah Palestin. - Agensi

Iklan

Info:

>Hari al-Quds Sedunia disambut di seluruh dunia sebagai tanda solidariti dengan penduduk Palestin. Ia merupakan simbol perpaduan dalam Dunia Islam dan warisan bersama bagi orang Islam, penganut Kristian dan Yahudi.