Ancaman bom: 2,500 penuntut IMU kosongkan bangunan

Iklan
Polis menjalankan pemeriksaan di bangunan IMU, Kuala Lumpur selepas menerima panggilan daripada pihak universiti terbabit tentang ancaman bom, hari ini.

KUALA LUMPUR - Seramai kira-kira 2,500 penuntut Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU), di Bukit Jalil di sini diarah untuk mengosongkan bangunan akademiknya selepas dipercayai menerima satu ancaman bom, hari ini.

Naib Presiden IMU, Christy Chiu berkata, ancaman itu diterima pihaknya kira-kira jam 1.10 petang sebelum menghubungi polis untuk tindakan keselamatan.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan telah dilakukan polis di sekitar bangunan selama tiga jam bagi memastikan keadaan benar-benar terkawal.

"Namun, tidak ada sebarang penemuan yang mencurigakan ditemui dan keadaan dilaporkan selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Iklan

Tambahnya, beliau menghargai tindakan pantas dan profesional polis dalam memastikan keselamatan penuntut serta kakitangan universiti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya yang menerima panggilan tersebut bergegas ke lokasi.

Iklan

Katanya, pemeriksaan dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

"Siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan dan perkembangan semasa akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Difahamkan, IMU mula ditubuhkan sejak 1992 dan ini merupakan ancaman pertama diterima membabitkan ancaman sedemikian.