Malang United 'hilang' dua pemain

Iklan
Martinez dibantu pemain Sevilla dibawa keluar akibat kecederaan. - Foto Agensi

MALANG merundung Manchester United apabila terpaksa melupakan khidmat pemain pertahanan, Lisandro Martinez sehingga akhir musim akibat kecederaan.

Malah, nasib sama turut menimpa Raphael Varane, namun untuk tempoh beberapa minggu sahaja.

Iklan
Iklan

Mereka mengalami kecederaan ketika skuad bimbingan Erik ten Hag itu terikat 2-2 dengan Sevilla dalam saingan suku akhir pertama Liga Europa di Old Trafford.

Pada aksi itu menyaksikan Red Devils menjaringkan dua gol sendiri.

Iklan

Martinez, yang menjuarai Piala Dunia bersama Argentina tahun lalu terpaksa dikeluarkan selepas cedera buku lali.

United sudah kehilangan pilihan utama bek tengah Varane kerana mengalami kecederaan pada babak pertama.

Iklan

Tempatnya digantikan Harry Maguire yang menjaringkan gol sendiri pada masa tambahan.

Ten Hag yang ditemui media tidak pasti tahap kecederaan mereka, namun selepas itu kelab mengesahkan tahap kecederaan dialami pemain berkenaan.

United dalam satu kenyataan menyebut Lisandro Martinez diketepikan untuk baki musim ini selepas patah tulang 'metatarsal' di kakinya.

"Bagaimanapun dia dijangka pulih sepenuhnya dalam masa yang tepat untuk persiapan musim depan.

"Raphael Varane juga diketepikan kerana mengalami kecederaan pada separuh masa pertama aksi sama dan dijangka dikeluarkan untuk tempoh beberapa minggu," kata kenyataan itu.

Martinez - pada musim pertama di Old Trafford - dan Varane menjadi tunjang Ten Hag di bahagian bek tengah.

Ketiadaan mereka meninggalkan kesan kepada United yang berhasrat menamatkan kempen di kedudukan lebih baik.