Pemuda UMNO Kuala Nerus meninggal

Iklan
Allahyarham Muhamad Amirudin Ismail

KUALA NERUS - Kepimpinan UMNO negeri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ahli Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhamad Amirudin Ismail yang meninggal dunia akibat sesak nafas, hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menerusi catatan Facebook rasminya, sebentar tadi.

Iklan
Iklan

"Pada jam 10 pagi tadi saya telah menziarahi keluarga Allahyarham Ustaz Muhamad Amirudin Ismail di Kampung Batu Enam, Kuala Terengganu.

"Muhammad Amirudin merupakan peserta retreat UMNO Bahagian Kuala Nerus yang sedang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan dan telah meninggal dunia di sini pagi tadi," katanya.

Iklan
Ahmad (dua dari kanan) menziarahi keluarga Allahyarham di Batu Enam hari ini.

Beliau dimaklumkan Allahyarham Muhamad Amirudin mengalami sesak nafas lebih kurang jam 1.30 pagi dan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 dalam keadaan kritikal pada jam 3.00 pagi.

Bagaimanapun, Allahyarham Muhamad Amirudin yang juga merupakan mantan bilal Masjid Pengkalan Arang itu disahkan meninggal dunia lebih kurang jam 5.00 pagi.

Iklan

"Saya secara peribadi serta mewakili UMNO Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga beliau serta mendoakan roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada serta sentiasa dirahmati ALLAH," katanya.

Allahyarham Muhamad Amirudin yang juga memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Tuan Mandak itu meninggalkan seorang balu dan tiga anak.