MPP UITM hantar mahasiswa pulang beraya

Iklan
Yang Dipertua (YDP) MPP UiTM Yusuf Hassan dan Shahsuzuran Zakaria bersama Nurul Asyikin bergambar bersama para pelajar sebelum menaiki bas.

SHAH ALAM - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam mengambil inisiatif membantu lebih 300 mahasiswa pulang ke kampung sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri menerusi program ‘Jom Balik Raya’.

Exco Kemudahan dan Pengangkutan, Nurul Asyikin Mohamad Adrus berkata, pihak pengurusan universiti amat cakna tentang isu penjualan tiket yang mahal dan menyasarkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Iklan
Iklan

Jelasnya, program berkenaan melibatkan sembilan buah bas bagi tujuh negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Terengganu, Kelantan, Johor dan Pahang.

"Ini juga adalah visi dan misi Naib Canselor serta Timbalan Naib Canselor untuk menjaga kebajikan mahasiswa sendiri.

Iklan

"Selain itu, kita juga ingin mengurangkan kerisauan pelajar dan membantu menyediakan tiket dengan harga yang murah terutama bagi mahasiswa cawangan UiTM Selangor untuk mereka pulang,” ujarnya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurut Asikin, program berkenaan turut berkolaborasi dengan Himpunan Siswazah Kelantan (Himsak), Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Bahagian Pengurusan Kenderaan, Pejabat Pembangunan Infrastruktur serta Infostruktur (PPII).

Iklan

Tambah beliau, mereka turut menerima tajaan daripada Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin), Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA), Koperasi Siswa UiTM Selangor Berhad (KOSISWA UiTM) dan Good Virtues Co dengan jumlah keseluruhan RM16,200 yang akan diberikan kepada pelajar.

"Sumbangan yang disediakan termasuk makanan kering dan ringan serta kuih raya sebagai cenderahati kepada mahasiswa pulang beraya sempena Aidilfitri.

"Saya berharap para pelajar dapat memanfaatkan inisiatif ini dan akan diteruskan serta ditambah baik di masa akan datang,” katanya.