Beri kebebasan SPRM jalankan tugas - Kor Ming

Iklan
Nga Kor Ming - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan kebebasan untuk menjalankan tugas menyiasat sebarang salah laku dan rasuah melibatkan pegawai kerajaan.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berpandangan kerajaan menghormati keputusan SPRM untuk menangkap mereka yang didapati terlibat dalam salah laku berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kami menghormati (keputusan) dan memberi kebebasan kepada SPRM untuk menjalankan tugas mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Emergency Medical Air Rescue Services (EMARS) di sini pada Sabtu.

Pada Khamis, SPRM mengesahkan seorang pegawai kanan menteri ditahan dalam satu serbuan di sebuah kementerian.

Iklan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah menahan pegawai kanan kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar dipercayai berhubung isu pengambilan pekerja asing.

Sementara itu, Kor Ming berkata, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus membendung gejala rasuah di negara ini.

Iklan

"Ya (kami menentang rasuah). Kerajaan Perpaduan di bawah Anwar komited bukan sahaja membendung rasuah tetapi akan memeranginya.

"Mana-mana pegawai kerajaan yang ditahan mempunyai bukti maka ini menunjukkan kerajaan hari ini adil dan tidak berat sebelah. Ini jelas," ujarnya.