Ancelotti setia bersama Real Madrid

Iklan
Ancelotti - Foto EPA

JURULATIH berpengalaman, Carlo Ancelotti meluahkan hasrat untuk kekal bersama Real Madrid sehingga akhir musim ini ketika tersebar spekulasi dia bakal mengemudi Chelsea dan Brazil.

Jurulatih berusia 63 tahun itu menikmati tempoh kedua yang gemilang sebagai ketua jurulatih Los Blancos selepas kembali ke kelab itu pada Julai 2021, memenangi Liga Juara-Juara dan La Liga musim lalu.

Iklan
Iklan

"Saya berasa bangga dengan segala-galanya, saya memperoleh kejayaan setakat ini. Saya berharap untuk meneruskan, tetapi saya bangga dengan apa yang telah saya capai,” katanya.

Pengendali kelahiran Itali itu memacu pasukan untuk memenangi Piala Dunia Kelab dan Piala Super UEFA dengan Madrid dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara sekali lagi musim ini dan Copa del Rey.

Iklan

Barcelona ketika ini memimpin liga dengan kelebihan 13 mata, namun Real Madrid yang menjadi pencabar terdekat enggan berputus asa untuk merebut gelaran.

Kontrak Ancelotti berbaki setahun dan dia tidak bercadang untuk meninggalkan di ibu negara Sepanyol itu.

Iklan

"Saya rasa Perez (Presiden Madrid Florentino) menyokong saya. Kami akan berada di sini musim depan tanpa ragu-ragu. Saya akan menghormati kontrak,” katanya

Di sebalik prestasi Real Madrid dalam kancah domestik, Ancelotti 'tidak lari' daripada menerima kritikan pihak tertentu musim ini.

"Ini adalah bola sepak, kami telah berjaya dalam beberapa pertandingan, tetapi anda perlu menunggu untuk menilai.

"Saya mendengar kritikan, itu perkara biasa. Kita perlu hidup dalam dunia di mana anda perlu mendengar pendapat orang ramai, kelab dan pemain,” katanya.