Enam hospital baharu bakal dibina di Tebing Barat

Iklan
Ishtayeh (tengah) menerima kunjungan delegasi American Federation of Ramallah, Palestine di pejabatnya.
RAMALLAH - TEBING BARAT. Perdana Menteri Palestin, Muhammad Ishtayeh memaklumkan sebanyak enam buah hospital baharu bakal dibina di Tebing Barat bagi memudahkan rakyat Palestin menikmati perkhidmatan kesihatan.

Menurut Ishtayeh, kos pembinaan hospital itu bakal dibiayai oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Amerika Syarikat (AS) iaitu American Federation of Ramallah, Palestine.

Disamping itu katanya, NGO terbabit bersetuju untuk membawa doktor Palestin untuk berkhidmat di hospital-hospital yang terdapat di Palestin.

Ketika ini terdapat kira-kira 15 hospital di seluruh Tebing Barat, namun kebanyakannya sering mengalami kekurangan bekalan ubat dan kerap diganggu dengan serangan provokasi rejim Zionis. - Agensi