Pembantu rumah Permaisuri Selangor peluk Islam

Iklan
Tengku Permaisuri Norashikin (belakang, kanan) berkenan menyaksikan lafaz syahadah dilakukan Mariam (depan) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Jumaat.

SHAH ALAM - Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat menyaksikan majlis ringkas pendaftaran pengIslaman pembantu rumah baginda yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada Jumaat.

Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, Tengku Permaisuri Norashikin menemani pembantu rumah baginda, Mariam Abdullah untuk melafazkan kalimah syahadah yang dipimpin Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu memberitahu, majlis lafaz syahadah itu turut disaksikan Imam Besar Masjid Negeri, Muhammad Farhan Wijaya.

"Majlis berlangsung selepas solat Jumaat dan turut disaksikan jemaah yang hadir," menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Iklan
Iklan