Atlet sukan ekstrem keluar daripada pertapaan 500 hari

Iklan
Beatriz Flamini - Foto Agensi

SEORANG atlet sukan ekstrem Sepanyol, Beatriz Flamini muncul dari sebuah gua di Grenada selepas 500 hari ‘bertapa’ pada kedalaman 230 kaki di bawah tanah, lapor United Press International (UPI).

Flamini yang berusia 50 tahun dipantau dari jauh oleh sepasukan saintis dari universiti Almeria, Granada dan Murcia berkata, beliau hilang kiraan hari selepas kira-kira dua bulan dan menyangkakan hanya berada di gua itu antara 160-170 hari daripada matlamat projek 500 hari.

Iklan
Iklan

Katanya, dia meluangkan masa dengan membaca, menulis, melukis, bersenam dan mengait sepanjang berada di gua itu pada 21 November 2021.

"Bagi saya sekurang-kurangnya, sebagai ahli sukan ekstrem elit, perkara yang paling penting ialah apa yang anda fikirkan dan apa yang anda rasa dan apa yang anda katakan.

Iklan

Sebagai rekod, Flamini membaca 60 buku sepanjang 500 hari di dalam gua itu.

Dua kamera mendokumentasikan masanya di bawah tanah untuk dokumentari projek itu.

Iklan

Masa atlet di dalam gua itu dipercayai sebagai rekod dunia baharu untuk masa paling lama dihabiskan bersendirian di dalam gua, tetapi tidak jelas sama ada Rekod Dunia Guinness mempunyai kategori untuk pencapaian itu.