Cubaan serang PM Jepun?

Iklan
Suspek yang melemparkan bom asap tersebut ditahan anggota keselamatan. - Foto AFP

TOKYO - Jepun sekali lagi digemparkan dengan insiden serangan ketika ahli politik sedang berkempen.

Ketika kejadian di bandar Wakayama pada Sabtu, Perdana Menteri, Fumio Kishida dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan
Iklan

Kishida dijadualkan memberi ucapan untuk menyokong calon pilihan raya tempatan mewakili parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) dan baharu sahaja terlibat satu acara lain di pelabuhan ketika gangguan tersebut berlaku.

Rakaman stesen penyiar NHK menunjukkan keadaan agak huru-hara selepas seorang individu melemparkan bom asap secara tiba-tiba.

Iklan

Selepas situasi kembali tenang, Kishida berkempen semula termasuk melawat stesen kereta api berhampiran.

"Letupan kuat berlaku di lokasi sebelum ini. Polis sedang menyiasat kejadian itu, namun saya mahu memohon maaf kerana membimbangkan dan menimbulkan masalah kepada orang ramai.

Iklan

"Pilihan raya penting sedang berlangsung dan kita mesti bekerjasama untuk menjayakannya," kata pemimpin itu.

Difahamkan, kawalan keselamatan telah dipertingkatkan selepas insiden pembunuhan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe ketika berucap pada acara kempen pada Julai 2022. - AFP