Banduan ditemui mati 'dimakan hidup-hidup' pepijat

Iklan
Peguam mewakili keluarga Thompson menyiarkan gambar sel penjara yang kotor dan menjadi sarang pepijat. - Agensi

NEW YORK - Seorang lelaki yang sedang menerima hukuman penjara di Atlanta, Amerika Syarikat (AS) ditemui mati selepas dipercayai 'dimakan hidup-hidup' oleh serangga dan pepijat dalam sel penjara itu, lapor BBC.

Mangsa, Lashawn Thompson yang ditahan atas kesalahan kecil dan ditempatkan di sel psikiatri di Penjara Country Fulton selepas pegawai menilainya mendapati dia mengidap penyakit mental.

Iklan
Iklan

Peguam keluarganya, Micheal D Harper menunjukkan gambar Thompsom dipenuhi pepijat di katil tempat tidurnya serta menggesa satu siasatan jenayah dilakukan bagi mengenal pasti punca kematiannya.

"Thompson ditemui mati dalam sel penjara yang kotor selepas dimakan hidup-hidup oleh serangga dan pepijat. Dia tidak layak ditempatkan di situ," katanya.

Iklan

Menurut laporan Pemeriksaan Perubatan Fulton Country yang dipetik USA Today, Thompson didapati tidak memberi 'maklum balas' dalam sel penjaranya pada 19 September lalu, iaitu tiga bulan selepas penahananya.

Harper berkata, rekod penjara mendapati pegawai tahanan dan kakitangan perubatan telah menyedari kesihatan mangsa semakin merosot dan tidak melakukan sebarang tindakan.

Iklan

Laporan pemeriksa perubatan menyatakan terdapat 'serangan pepijat' yang teruk dalam sel psikiatri bagaimanapun tiada tanda trauma pada badan mayat Thompsom. - Agensi