Haaland dipantau 24 jam

Iklan
Erling Haaland Foto: AGENSI

PASUKAN perubatan Manchester City sentiasa memantau Erling Haaland bagi memastikan tahap kecergasan penyerang utama The Citizens itu berada pada tahap terbaik musim ini.

Pengendali The Citizens, Pep Guardiola berkata, tahap kecergasan pemain Norway itu adalah penting ketika kelab berdepan jadual padat.

Iklan
Iklan

"Saya tidak tahu apa yang dia lakukan di Dortmund tetapi kami menjaganya 24 jam. Kami mempunyai doktor dan ahli fisioterapi yang luar biasa, mereka berada di belakangnya setiap saat sepanjang hari.

"Sukar untuk memahami mengapa anda membelanjakan wang yang banyak untuk pemain dan kemudian meninggalkan mereka – saya tidak tahu apa yang dilakukan kelab lain,” ujar Guardiola.

Iklan

Sebelum ini terdapat kebimbangan mengenai kecergasan Haaland menjelang perpindahannya selepas dia terlepas 16 perlawanan akibat kecederaan untuk Dortmund musim lalu.

Namun pemain Norway itu hanya terlepas empat perlawanan bersama City sepanjang kempen musim ini.

Iklan

Sebagai rekod, Haaland yang menyertai Manchester City dari Borussia Dortmund musim ini, telah menjaringkan 45 gol dalam semua pertandingan untuk City - satu rekod untuk pemain Liga Perdana Inggeris.

Tambah Guardiola dengan jadual perlawanan yang padat ini setiap tiga atau empat hari pasukan perubatan kelab perlu memantau Haaland.

"Ia sangat menuntut, dengan pemakanan, rehat, tidur, makanan... Kami tahu kami perlu mengawasinya kerana dia sangat besar. Fisioterapi menjaganya, dia diurut - belakangnya, bahu, urat, semuanya.

"Dia bekerja terlalu banyak masa di pusat latihan - lebih banyak daripada di padang. Hari ini dalam bola sepak moden, pemain berlatih lebih banyak di belakang tabir berbanding di padang,” luah Guardiola.