KOTA KINABALU - [KEMAS KINI] Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk memanjangkan inisiatif yang dilaksanakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kota Kinabalu menyediakan nasi secara percuma kepada mahasiswa dalam Menu Siswa Rahmah.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, inisiatif itu dilaksanakan oleh Dapur Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu sendiri.
"Jadi pelajar di sini ambil lauk sahaja di kafe yang harganya tidak lebih daripada RM2.50, jadi bermakna agak istimewa sikit di UiTM Kota Kinabalu ini kerana harganya rendah sekali dan cara penyediaannya begitu menarik.
"Sebab itu Pengerusi Lembaga Pengarah menyatakan menu ini harus kita panjangkan dan kami di pihak kementerian bersetuju untuk kita panjangkan ke seluruh universiti awam di Sarawak dan Semenanjung dengan menyediakan menu ini untuk pelajar di universiti awam," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Menu Siswa Rahmah dan Iftar Madani Bersama Mahasiswa di Kafe Mabul UiTM Cawangan Kota Kinabalu, di sini pada Sabtu.
Beliau turut berkata, insiatif itu adalah bagi mengurangkan beban pelajar terutama yang datang dari golongan B40.
"Kita hadkan kepada golongan B40 tetapi UiTM ini juga menyediakan kepada yang memerlukan.
"Kita akan teruskan selagi diperlukan dan kita akan tambah baik kalau ada keperluan," katanya.
Menurut penuntut UiTM Cawangan Kota Kinabalu, Nur Diana Azwa Dullah, 21, penyediaan makanan berkonsepkan Menu Siswa Rahmah sangat membantu pelajar di universiti itu terutama daripada keluarga B40.
"Dari segi harga memang nampak bezanya dengan makanan biasa, biasanya sepinggan makanan yang ada lauk dan sayur boleh mencecah sehingga RM10 ke atas. Tetapi untuk Menu Siswa Rahmah ini dengan nasi serta sayur dan lauk boleh dapat harga serendah RM3.50, jadi ia sangat berpatutan selain berkualiti.
"Dengan harga begini saya boleh jimat dalam RM7 sehari dan sekurang-kurangnya dengan wang baki yang ada saya boleh gunakan untuk membeli keperluan lain seperti bahan pengajian dan sebagainya," katanya.
Sebelum itu, program Menu Siswa Rahmah adalah inisiatif KPT bagi membantu meringankan beban kos sara hidup mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Justeru, KPT dengan kerjasama pihak pengurusan universiti awam dan pengusaha kafeteria, kiosk, gerai atau penyedia perkhidmatan makanan memperkenalkan hidangan makanan iaitu membabitkan minum pagi, makan tengah hari dan makan malam dengan harga berpatutan iaitu RM3.50 per hidangan.
Sementara itu, inisiatif Dapur HEP wujud hasil dapatan data serta maklumat latar belakang pelajar UiTM Cawangan Sabah, yang mana hampir 70 peratus pelajar terdiri daripada golongan B40.
Melalui data ini, Bahagian HEP, Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar dan Staf Residen Kolej, UiTM Cawangan Sabah telah bermesyuarat pada penghujung tahun 2021 untuk membincangkan kaedah untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan khususnya dalam meringankan kos perbelanjaan atau sara hidup sepanjang berada di kampus.